Copyright © My Cooking Inspiration..
Design by Dzignine
Wednesday, 25 December 2013

*BISKUT BUNGA SEROJA*

Haa... biskut raya bunga seroja ni memang cute sangat. Tabik sangat dengan kreativiti kak Azlita Masam Manis.. hasil biskut, kek, atau apa saja yang dia post kat blog dia..memang mengagumkan. Gambar-gambar hasil kerja dia pun sesuai sangat masuk majalah. The best!!



Source : Blog MasamManis

125 gm butter
40 gm gula ising
20 gm tepung jagung
1/2 sudu besar tepung kastad
200 gm tepung red rose atau tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla
1/2 biji kuning telur

* adunan ni dapat sikit aje tau! nak banyak kena gandakan sukatan


Satukan butter dan gula ising dan pukul hingga sebati dengan speed perlahan
Tambahkan telur dan esen vanilla dan terus pukul
Semua tepung di satukan.
Kemudian masukkan ke dalam adunan sedikit-sedikit dan terus menguli sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan tidak melekat pada tangan.
Ambil sedikit doh dan letakkan pewarna hijau ~ untuk kudup bunga

Sekarang kita mulakan proses membuat bunga seroja.


Canai adunan di atas 2 lapik plastik supaya tidak melekat-lekat
Sediakan nozel kecil secukupnya


Cara membuatnya boleh rujuk gambar di bawah.





1. Cucuk nozel di tengah-tengah doh bentuk bunga
2. Tekan dan bentukkan bunga seroja
3. Kemaskan agar terbentuk seperti bunga
4. Tekan sedikit kelopak bunga
5. Ambil sedikit adunan warna hijau
6. Gelek-gelekkan dengan jari agar bentuk panjang lagi halus ~ kena buat 2 untuk satu kuntum bunga
7. Kemudian letakkan pada bunga sebagai kudupnya. Kemaskan

Untuk lebih mudah buat bunga dahulu hingga habis.
Susun dalam dulang secara telangkup iaitu kelopak bunga di sebelah bawah
Kemudian barulah letak kudup bunga
dan buat sehingga habis.

Panaskan oven 15 minit sebelum biskut di letakkan
Panaskan oven pada suhu 170 C bergantung kepada kepanasan oven.
Hanya gunakan api atas sahaja
Bakar dalam oven selama 20 minit.
Sentiasa perhatikan biskut dalam oven supaya tidak hangus

Setelah biskut masak letakkan atas redai hingga sejuk sebelum nozel di keluarkan.
Letakkan inti peanut buter di tengah kelopak bunga dan hiaskan dengan ceri merah atau manik gula hiasan.




*BISKUT CENDAWAN*




Source : Blog MasamManis


225 gm butter
75 gm gula icing
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla

Bahan Ayak
300 gm tepung gandum atau tepung rose
90 gm tepung jagung
15 gm susu tepung
1 sudu teh emplex


Pukul butter bersama gula hingga sebati
Masukkan kuning telur dan esen vanila dan terus pukul dengan speed sederhana hingga sebati
Kemudian perlahankan speed dan masukkan bahan-bahan yang di ayak sedikit demi sedikit dan terus uli hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan
Jika adunan lembik tambahkan sedikit sahaja lagi tepung

Panaskan oven pada suhu 150C bergantung pada kepanasan oven
Sediakan loyang pembakar dan oleskan dengan sedikit butter

Canaikan doh di atas dua lapik plastik supaya tidak melekat-lekat
Terap doh dengan acuan cendawan
Susun terapan cendawan atas loyang
Bakar di dalam oven pada suhu 150C selama 15~20 minit atau sehingga biskut masak
Setelah masak sejukkan

Sekarang kita sediakan icing




ICING

1 biji putih telur
90 gm gula icing
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh jus lemon

Pukul putih telur hingga kembang
Masukkan gula icing, tepung jagung dan jus lemon dan terus pukul dengan speed laju hingga adunan likat
Bahagikan adunan icing kepada beberapa bahagian dan warnakan dengan warna pilihan
Masukkan dalam piping bag
Paipkan atas biskut cendawan yang telah sejuk tadi
Hiaslah ikut kreativiti masing-masing
Kemudian bakar semula dalam oven pada suhu 150 C selama 10 minit
Setelah masak biarkan sejuk sebentar sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara

*TART ROSALINDA*



Source : Blog MasamManis

Adunan dapat anggaran 35 - 40 biji

300 gms tepung gandum
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu gula ising
200 gms butter
2 kuning telor sahaja


jem nenas

Ayak tepung gandum, tepung jagung dan gula ising ke dalam bekas. Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu. Kalau guna unsalted butter, masukkan secubit garam.

Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai (rub-in method). Kemudian masukkan telor dan satukan menjadi doh.

Canai jadi setengah inci dan turap guna acuan atau cutter . Untuk lebih mudah agar tak melekat2 lapik dengan plastik semasa mencanai doh. 1 keping plastik 4 segi potong jadi sekeping besar. Oleskan atas plastik dgn sedikit minyak. Letakkan doh di tengah plastik dan lipat plastik dan kayu canai tu gelek atas plastik.



Kemudian terap adunan tadi dgn terap tuk buat tart. Kalau adunan melekat kat alat penerap tu. Beruskan sedikit alat tu dgn sedikit minyak masak. Ini dapat mengelakkan adunan dari melekat2.
Susun adunan yg telah di canai atas loyang pembakar.
Ambil jem nenas bluberry dan gentel bulat2 sebesar guli. Letakkan atas doh yg telah di terap tadi. Buat hingga habis.


Kemudian bakar adunan ni dalam oven yg bersuhu 170C selama 20 - 30 minit atau sehingga masak.
Setelah masak keluarkan dari loyang dan letak atas redai hingga sejuk.

Untuk jem nenas bluberry boleh beli yang dah siap atau boleh juga di buat sendiri.




3 biji nenas (atau 1 kg parutan nenas, toskan sedikit airnya)
2 biji epal hijau, buang kulit dan parut kasar
1 biji oren, buang kulit dan ambik isinya (pulp)
1 cawan penuh gula pasir
1 sudu teh pes bluberry
1 sudu teh pewarna bluberry

Masukkan parutan nenas tadi bersama gula pasir ke dalam kuali, kacau rata. Hidupkan api dan biar mendidih. Pada api kecil, kacau sentiasa nenas tadi sehingga pekat. Masukkan isi oren (pulp) dan terus kacau hingga kering.Akhir sekali masukkan parutan epal hijau, pes bluberry dan pewarna, gaul rata dan masak hingga berkilat dan boleh digentel bila jem sejuk. Biar sejuk dan simpan dalam peti sejuk untuk kegunaan kemudian.


ICING

1 biji putih telur
200 gm gula icing
1 sudu teh jus perahan lemon

Satukan telur, gula icing dan jus lemon dalam bekas pemutar
Putar adunan sehingga kental
Bahagikan adunan kepada berapa bekas dan warnakan dengan pewarna kesukaan
Masukkan dalam piping bag
Paipkan atas biskut, buatkan bentuk riben dan bunga
Hiaskan mengikut kreativiti masing-masing.
Biarkan icing keras
Simpan biskut dalam bekas kedap udara.
Tuesday, 24 December 2013

*Red Velvet Cake*

Source : Irmadilondon

Bahan A - Untuk diayak bersama.

250 gram tepung gandum (resepi asal guna tepung kek)
1 tsp baking powder
1/2 tsp garam
2 tsp cocoa powder


Bahan B -campur dan kacau sebati.

240 ml buttermilk
2 tbsp pewarna merah


Pilihan kedua - sekiranya korang tak jumpa buttermilk di kedai. Usah bimbang. Campurkan 240ml susu segar dan 1 tsp cuka. Biarkan mereka sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.


Bahan C -

113 gram butter
300 gram gula kastor
2 biji telur gred A
1 tsp esen vanilla


Bahan D -

1 tsp cuka masakan
1 tsp baking soda


Topping - Cream Cheese Frosting.

227 gram cream cheese Philadelphia
227 gram mascarpone
1 tsp esen vanilla
1 cawan gula ising
360 ml whipped cream


Cara-cara

1. Pukul butter selama dua atau tiga minit. Seeloknya biarkan butter berada dalam suhu bilik sebelum dipukul. Kalau tak sempat nak dedahkan butter. Potong butter dalam bentuk kiub kecil-kecil untuk mudahkan butter kembang dengan cepat. Kalau dalam masa dua atau tiga minit masih belum kembang. Tambah seminit lagi.


2. Masukkan gula kastor dan pukul lagi selama tiga minit atau lebih.


3. Masukkan telur satu persatu. Pukul dalam masa 2 minit. Kemudian pecahkan satu biji lagi. Pukul lagi dalam masa tiga minit.


4. Masukkan esen vanilla. Pukul selama seminit.


5. Masukkan bahan A dan bahan B secara berselang seli. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung juga. Campurkan dengan kelajuan perlahan.


6. Dalam bekas kecil, masukkan bahan D (cuka dan baking soda) bersama. Tunggu sehingga buih cuka dan baking soda berhenti mengeluarkan bunyi seperti berdesir. Tuangkan ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati.


7. Tuangkan ke dalam loyang berukuran 9 inci sebanyak dua bekas. Kalau takda bekas 9 inci pun tak apa. Guna aje loyang yang ada. Kalau loyang besar, gunakan satu.


8. Masak selama 30 minit dengan suhu 175 darjah celcius. Mula-mula saya gunakan suhu 175' C. Selepas 20 minit, saya rendahkan suhu kepada 165'C. Kaedah ini hanya boleh dicuba sekiranya korang kenal oven sendiri.


Cara-cara membuat Topping Cream Cheese.


1. Pukul cream cheese dengan mascarpone sehingga keduanya kembang. Agak-agak dalam 5 minit.


2. Kemudian tambahkan esen vanilla dan gula ising. Putar lagi sampai mereka sebati.


3. Akhir sekali masukkan whipped cream dan putar selama dua minit sehingga adunan kelihatan likat dan pekat untuk dihias.


4. Sekiranya adunan kelihatan cair. Boleh masukkan sekejap dalam peti ais untuk memudahkan kerja-kerja menghias.





Monday, 23 December 2013

*Mi Kari Nyonya*












Source : JMC
Bahan-bahan ( Untuk 2 orang Makan )

2 paket mi kuning
2 sudu besar serbuk kari ayam dan daging ( kalau boleh jenama Babas)
2 sudu besar cili kisar
1/4 bawang besar
2 ulas bawang putih
beberapa tangkai daun kesum
1 kuntum bunga kantan dibelah 2
1/2 paket Fish ball dan 2 ketul tahu goreng yang dipotong nipis
2 cawan santan
1 cawan air
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1/4 ekor ayam di cincang kasar
sawi, taugeh, telur dan bawang goreng sebagai pelengkap.

( Kalau nak tambah dengan 1/2 batang carrot yang dihiris seperti anak mancis pun boleh)

Cara-cara

1. Mula-mula kisar bawang besar dan bawang putih higga hancur, kemudian panaskan 3 sudu besar minyak masak dan tumiskan kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.

2. serbuk kari dibuat pes dan tumis bersama bahan kisar tadi dan masukkan juga cili kisar. tumis hingga garing dan pecah minyak.

3. masukkan ayam dan kacau sebentar. kemudian masukkan santan, air dan fish ball serta hirisan tahu goreng. kacau sentiasa.

4. bila kuah telah mendidih masukkan daun kesum dan bunga kantan, sesuaikan rasa, tambah garam.

5. Sediakan bahan sampingan mi kari nyonya, rebus telur, celur sawi dan mee kuning, taugeh dibuang ekor ( ros cuma lalukan taugeh ni dengan air panas, sebab suke makan taugeh yang rangup). Cara Penyediaan, masukkan mi kuning dan curahkan kuah kari nyonya, susun sawi, taugeh, telur rebus dan tabur sedikit dengan bawang goreng. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

*Kuih Puteri Ayu Yogurt*




Resepi : JMC
Bahan-bahan ( 25 - 30 biji )

3 biji telur
3/4 cawan gula ( nak blender halus pun boleh)
1 1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan santan@ susu segar
1 sudu kecil ovallete
1 sudu kecil baking powder
beberapa titik pewarna hijau
2 sudu besar plain yogurt @ natural yogurt


( nak letak pandan emulco atau esen pandan pun boleh)

Untuk dasar kuih puteri ayu - sedikit kelapa parut yang dicampur dengan 1/2 sudu kecil tepung gandum dan garam.

Cara-cara

1. Ayak tepung gandum dan baking powder, ketepikan, kemudian asing putih dan kuning telur, pukul putih telur hingga berbuih dan masukkan separuh kuantiti gula, pukul lagi sehingga betul2 kembang dan putih ( meringue) ketepikan, selepas itu di dalam bekas yang belainan, pukul kuning telur dan baki gula hingga kembang.

2. Selepas itu satukan kuning dan putih telur yang dipukul tadi, kacau sebati, kemudian masukkan plain yogurt, ovallette, pukul lagi, masukan pula tepung sedikit demi sedikit dan santan berselang seli, kacau sebati. Akhir sekali masukkan pewarna hijau atau pandan emulco, kacau sebati supaya warna hijau sekata, perap adunan lebih kurang 20 ke 30 minit sebelum di kukus. Panaskan kukusan.

3. Sementara itu, tekan kelapa putih dalam acuan, mampatkan betul-betul ke dalam acuan, tuangkann adunan ke dalam acuan puteri ayu dan selepas air kukusan mendidih kukus lebih kurang 7 minit.

*Merry Christmas*


    Assalamualaikum dan Salam sejahtera, entry kali ni seri nak greet pada semua yang beragama Kristian di seluruh dunia, semestinya pada mereka yang meraikan, 25th december adalah hari yang di nanti-nanti dan sangat bermakna. Apa pun semoga berbahagia bersama keluarga. 

Peace.. :) 
Seri.