Seawal jam 3 pagi, aku bangun dan siapkan barang-barang keperluan suami untuk pergi berjuang. Kali ini dia di tugaskan di Pulau Mataking di daerah Semporna. Seperti umum tahu kepulauan-kepulauan di Sabah sudah banyak cerita dan berita yang kurang memuaskan, dan baru-baru ini berita tentang pelancong rakyat Taiwan yang di jadikan tebusan oleh lanun bersenjata yang pernah menyerang Pulau Pompom di daerah yang sama, sehingga menyebabkan kematian. Sebagai isteri berat rasa hati melihat suami yang siap dengan pakaian lengkap dan baju kalis peluru seolah olah betul-betul pergi berperang . Ketika menghantar suami sampai ke pintu pagar rumah, sebak rasa hati bercampur risau tapi ku bawa dengan senyuman dan kuatkan semangat seolah olah aku seorang yang berani walau di tinggalkan selama sebulan tanpa suami di sisi. Aku bukan lah sekuat itu hanya sekadar tak ingin suami risau. Namun jauh di sudut hati.. aku berdoa.. Ya Allah selamatkan suami ku walau di mana dia berada, tak mungkin rasanya aku mampu kehilangan suami sebaik dan semulia dia. Mungkin dia tidak mampu memberikan kemewahan padaku dan anak, tapi kehadirannya dalam hidup ku adalah ibarat hadiah yang terindah dariMu. Aku tetap bersyukur dengan jalan hidup yang telah Kau berikan.
Aku kena kuat kerana suami berjuang demi negara dan keselamatan rakyat, begitu mulia sekali hati para parajurit kerana sanggup berkorban jiwa dan raga demi keamanan negara. Tugas mereka bukanlah semudah yang kita sangka, dan mungkin tidak ramai diantara kita yang berani berdiri di barisan hadapan untuk menentang musuh. Risikonya amatlah besar dan memerlukan keberanian dan semangat yang luar biasa. Syukur Alhamdulillah Ya Allah kerana Kau takdirkan aku untuk berdamping dengan insan seperti ini. Sebagai isteri, aku sangat berbangga dengan suami, dia seorang yang suka membantu isteri memasak di dapur dan menjaga anak walaupun masa di tempat kerja dia kena menjadi lebih lasak. Pastinya selepas ini bila Ziqry da bangun tidur, perkataan pertama yang dia akan cakap "Mana Abah"? Ya Allah berkatilah keluarga kecil ku, bantu lah kami dalam mencari keredhaan dan nikmatMu Ya Alllah.. Amin..
Salam Sayang,
Seri.


0 comments:
Post a Comment